6 Gaya Reka Bentuk Dalaman Paling Popular 2022

1. Scandinavian

Rekabentuk ringkas dan minimal. Menggabungkan estetik dan fungsi. Memberikan rasa keselesaan kepada rumah.

Ciri-ciri: 

  • Bahan organik seperti kayu asli.
  • Perabot berkerangka nipis.
  • Tona warna cerah & lembut.

 

2. Industrial

Berkonsepkan penggunaan semula bahan mentah industri dengan kemasan praktikal tanpa menghilangkan nilai estetik bahan mentah. Sesuai digabung dengan gaya minimal atau contemporary.

Ciri-ciri:

  • Bahan mentah industri (batu-bata, batang besi, konkrit, kayu).
  • Warna neutral.

 

3. Minimal

Bercirikan keringkasan, kekemasan & garis lurus. Penggunaan objek hiasan secara sangat minimum untuk tidak kelihatan sesak.

Ciri-ciri: 

  • Tona warna senyap/monokromatik.
  • Perabot & hiasan berekabentuk ringkas.
  • Memperbanyakkan ruang kosong.

 

4. Japandi

Gabungan gaya Japanese & Scandinavian. Berkonsep minimal & mempunyai elemen Jepun dari segi bahan, tekstur & nilai estetik.

Ciri-ciri:

  • Bahan organik seperti buluh atau rotan.
  • Warna semulajadi.

 

5. Mid-century Modern

Gabungan konsep moden & klasik. Menerapkan unsur moden terhadap perabot & hiasan klasik dari segi rekabentuk tanpa menghilangkan nilai estetiknya.

Ciri-ciri:

  • Perabot kayu asli atau kulit.
  • Hiasan berunsur abad pertengahan.
  • Tona warna pelbagai tetapi kontra antara satu dengan lain.

 

6. Contemporary

Berkonsepkan gabungan pelbagai jenis gaya dari era berbeza. namun mengutamakan penggunaan perabot atau hiasan yang terbaharu & sedang trending. Disebabkan itu ianya mungkin masih akan relevan pada masa akan datang.

Ciri-ciri: 

  • Tona warna senyap & semulajadi.
  • Campuran pelbagai bahan & rekabentuk.