Penggunaan cahaya yang betul akan membuatkan ruang anda lebih berseri & nyaman
2. Gunakan perabot dwifungsi/compact
Pilih perabot yang bercirikan dwifungsi atau compact kerana perabot jenis ini mudah dialih dan sesuai dimuatkan di ruangan kecil. Perabot dwifungsi memuatkan 2 atau lebih kegunaan oleh itu anda tidak perlu memenuhi ruang anda dengan pelbagai perabot berbeza.
3. Pilih permaidani bersaiz besar
Percaya atau tidak, pemilihan saiz permaidani juga mempengaruhi penampilan ruang anda. Dengan memilih permaidani bersaiz besar, ruang anda akan kelihatan lebih luas & lapang.
4. Warna cerah sebagai warna utama
Warna yang cerah akan memantulkan cahaya dengan lebih baik daripada warna gelap. Digabungkan dengan pencahayaan yang bagus akan menampakkan ruang yang sempit menjadi lebih lapang & cerah.
5. Manfaatkan dinding
Gunakan dinding sebagai ruang hiasan & penyimpanan pada masa yang sama dengan memasang rak. Anda juga boleh menambah hiasan dengan menggantung gambar & lukisan. Namun haruslulah digunakan dengan kadar sederhana supaya tidak nampak terlalu serabut & sesak.